Get your own Digital Clock

Saturday, February 4, 2012

Peluang atau Masalah

Aku kembali . Maaf . Terlalu lama ku tinggalkan laman ini . Terpaksa . Masa depan ku jauh lebih penting . Maaf . Tapi , aku pulang dengan ilmu dan pengalaman serta cerita baru . Hanya Tuhan yang tahu .
Bismillahirrahmanirrahim .


Manusia dilahirkan dengan akal . Boleh berfikir . Perihal segala sesuatu . Namun tetap tidak sehebat Dia . Cerita manusia sudah siap sedia dikarya dan ditetap kan oleh Nya . Dan setiap perbezaan manusia memang sengaja dirancang olehNya agar kita berfikir bagaimana untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik . Kaya atau miskin , itu tidak penting . Manusia tetap manusia . Tapi , banyak perkara yang orang kaya boleh lakukan , namun tidak bagi orang miskin , atau lebih sopan "tidak mampu" . Sebab itu Dia perlihatkan peluang . Ya , peluang .


Peluang . Kecil atau besar , tidak penting . Sikit atau banyak , tidak penting . Yang penting , ia datang hanya dengan melintasi tingkap tingkap kehidupan , bukan datang mengetuk pintu . Oleh itu manusia harus peka . Kerana kebanyakan peluang datang sekali . Ya . Sekali . Ada pun pengalaman seorang hamba Allah yang sudah lanjut usianya , ada yang bertanyakan soalan kepadanya , "Kau pernah jumpa peluang dalam hidup kau ?" Lantas tiada jawapan diberi , tetapi air mata . Tangisan menunjukkan segalanya . Tafsir sebijaknya . Jawapan tetap sama seperti yang bermain di fikiran kau . "YA" .


YA . Tapi mengapa dia tidak mengambil peluang itu ? Takut ? Tak percaya akan takdir Tuhan ? Meragui apa yang akan terjadi jika peluang itu diambil ? Ya , jujur aku kata , bila peluang itu hadir , tiada siapa sangka itu adalah peluang , ya bukan ? Biasalah , akal manusia , hati manusia . Perkara negatif sangat cepat menguasai minda . Lagi lagi dengan hasutan Syaitan Laknatullah . Sebab itu peluang baik dianggap sebagai malapetaka oleh segenap insan yang negatif . Ya , negatif . Dan negatif sentiasa menjadi sifat siapa ?


Mengapa takut apa yang akan jadi ? Siapa tahu apa akan jadi ? Memanglah , fikir sebelum buat . Tapi bukan setakat fikir . Minta petunjuk dariNya . Kita tidak sempurna . Keputusan kita mungkin salah . Tapi ingat , peluang hanya sekali . Mahu tahu apa akan jadi jika peluang itu diambil ? Lakukanlah ! Ambil keputusan dan lakukan ketiga tiganya . Ya , Usaha Doa Tawakal . Ini kunci kejayaan yang sentiasa meniti bibir para guru dahulu kan ? Ya . Gunakan setiap peluang sebaiknya . Jangan sia siakan . Kau juga merasa rugi nanti . Rugi .


Rakan rakan dan para pembaca , ayuh . Bingkas bangun . Ini bukan masanya untuk bersenang di atas kesusahan orang lain . Memang lah , mereka dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah . Tapi ,keinginan nafsu serakah serta kehendak akal yang tidak pernah cukup itu pernah menghargai semua itu ? Segalanya tak pernah cukup . Itu manusia . Atau remaja , lebih khusus . Kita tetap mahu lebih , betul ? Fikirkan .


Menghabiskan satu setengah dekad bergelumang dengan buku . Menimba bergelen gelen ilmu dan berusaha sepenuh jiwa . Memperhabis segenap masa yang dikurnia oleh Nya bagi memastikan di hujung perjalanan , segulung ijazah berada di tangan . Ya , hanya satu sijil yang berpuluh ribu orang akan memegang nya satu masa nanti . Kenapa ? Mengapa ? Tiada lain untuk mengubah hidup menjadi lebih baik . Kerjaya yang baik .  Hidup yang senang . Ya . Itu idaman semua orang . Lagi lagi graduan menara gading . Tapi maaf . Tak semua orang mengecapi hidup sedemikian . Walau segulung ijazah berada di tangan . Ia berhabuk nanti , dan pemegang nya , memakai uniform dan menjaga kaunter bayaran di pasaraya atau franchise makanan ringan . Sudah pasti .


45,000 yang dikatakan berjaya mendapat gulungan itu sudahnya tetap berkehidupan sederhana . Sama seperti yang lain , yang tiada gulungan yang dibanggakan itu ditangannya . Kecewa .


Buka mata . Ayuh kita bangkit anak anak muda . Kau pemangkin negara . Kau bawa nama keluarga . Ingat , di alam moden yang serba sempurna ini , tak ada satu golongan manusia pun memandang golongan yang tiada apa apa . Ubah cara pemikiran orang lama itu . Belajar pandai pandai memang perlu , tapi kalau hanya dapat pulangan hanya cukup cukup makan , apa guna nya ? Belum dikira lagi sara hidup yang semakin tinggi , hutang bersama bunga yang menggunung .


90 peratus kekayaan datang dari perniagaan . Itu kata nabi . Mengapa orang cina berjaya ? Mengapa Israel kaya ? Fikirkan . Aku ada peluang . Tuhan tunjukkan pada aku . Mungkin pada usia seawal ini , orang orang yang lama menganggap ini tidak perlu . Tapi , untuk masa depan aku , tak pernah aku fikir apa orang kata . Kawan kawan , buka mata . Dan fikir . Jika sudah ada minat . Mulakan langkah , kita sama sama melangkah . Bertatih dahulu pun tak mengapa . Kerana akhirnya kita akan berlari untuk ke garisan penamat . Masih belum terlambat . Aku ada untuk kau . Seikhlasnya .

2 comments:

  1. so true!kata2 yg sgt membina.thanks
    all the best in ur life.
    may the success will be yours.insyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah . Ini cuma pandangan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan . Gunakan apa yang positif , yang negatif , anggap ia tidak wujud . terima kasih .

    ReplyDelete