Aku kembali ke meja tulis . Bersamaku , tajuk yang sangat sinonim . Lagi mengenai dunia dan kehidupan . Ya , mereka serasi bersama . Macam Ajai dan Nurul . Dulu . Buah fikiran aku kali ini dicetus oleh beberapa rakan ku . Ya , rakan muka buku . Ayuh mula .
Lelaki vs Perempuan . Siapa menang ?
Aku bukan seorang seksis . Seorang yang mendiskriminasi pihak yang berlainan jantina dengan nya . Tidak sama sekali . Aku masih normal . Tetapan yang Allah berikan kepada aku sebagai seorang lelaki masih ada padaku . Aku masih ada perasaan pada wanita . Itu fakta .
Aku cuba berjinak jinak untuk mengetahui tentang beberapa kajian mengenai Lelaki dan Perempuan . Sejujurnya , mereka , dari mata kasar dan rambang , boleh di konklusi sebagai makhluk yang sama spesies yang tertulis untuk menghiasi bumi Allah . Mamalia* . Berdarah panas . Dua tangan dua kaki . Atau lebih sinonim , manusia .
Aku menyelak beberapa ratus helai muka dalam sebuah buku . Buku yang sangat menarik . Banyak kajian telah dilakukan tentang perbezaan lelaki dan perempuan menurutnya . Ah . Malas aku nak cerita satu persatu . Dalam aku tilik satu persatu topik dan kajian yang di huraikan , perasaan cemburu dan iri hati mula menyelubungi . Ternyata , terlalu banyak kelebihan wanita bila di selarikan dengan zaman yang serba moden kini . Tabik spring . Garu kepala .
Beberapa fakta yang aku dapat . Tak semua . Cukup sekadar renungan .
* Isteri nampak sehelai rambut perang yang melekat pada baju suami nya dari jarak 20 kaki tetapi dia melanggar pintu garaj apabila mahu memakir (parking) kereta .
*Wanita mudah mencari mentega di dalam peti ais . Tapi itu pekerjaan yang paling sukar bagi lelaki . Lebih lebih lagi jika perkataan mentega yang tertera di terbalikkan di mana lelaki tidak dapat melihat nya . Secara saintifik , lelaki mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A .
*Lelaki selalu dituduh mata keranjang . Pengkaji seks mengatakan perempuan juga melihat lelaki , kadang kadang lebih banyak dari lelaki melihat perempuan . Perempuan jarang tertangkap kerana mereka mempunyai periferi (bukaan pandangan) yang jauh lebih luas berbanding lelaki .
*Wanita mempunyai pendengaran yang sangat baik . Mereka langsung tak boleh tidur hanya kerana air paip yang menitis . Tapi bagi lelaki , itu tidak menjadi masalah . Sebab itu lelaki sukar untuk bangun ketika anak kecil nya menangis di malam hari . Tapi , hakikatnya , lelaki lebih peka kepada bunyi ancaman . Seperti bunyi di luar rumah . Dalam situasi yang berlainan , wanita lebih peka terhadap bunyi seperti not dan key . Jika anda seorang lelaki yang pandai menyanyi , jangan terlalu bangga , kerana ada 9 orang wanita yang sama hebat dengan anda . *sentappp*
*Wanita suka dan peka terhadap sentuhan . Ini aku paling suka :) Belai dan usap wanita bagi mengambil hati wanita kerana Oksitoksin (hormon perangsang daya pengesan) yang merangsang keinginan untuk disentuh adalah 10kali peka daripada lelaki . Loike . Fact: Wanita menyentuh wanita lain 4 hingga 6 kali lebih kerap berbanding lelaki menyentuh lelaki .
*Lelaki berkulit tebal supaya mereka senang bergerak di dalam semak samun (pemburu zaman dahulu) . Sebab tu lelaki selalu nya tak perasan bila mereka tercedera ketika bersukan .
*Last untuk korang . Wanita mempunyai deria bau yang sangat baik . Wanita dapat mengesan bau feremon yang di keluarkan oleh lelaki . Bau ni tak dapat di kesan secara biasa . Dan , otak perempuan dapat membaca sistem imun lelaki . Jika sistem imun lelaki itu sepadan atau lebih kuat dari sistem imunnya , dia akan menganggap lelaki itu menarik . Jika sistem imunnya lebih kuat , dia menganggap lelaki itu kurang menarik . ~aku tak paham tapi aku nak belajar cara nak naik kan sistem imun . pathetic -.- 
Okay . Sejujurnya , ini baru suku bahagian dari buku tu . Menarik bukan ? Ya . Memang menarik . Tapi jealous aku tak habis lagi . Ilmu tambahan , badan lelaki dah di set kan sebagai badan pemburu . Since , mana ada orang berburu sekarang . Itu semua dulu punya cerita . Lame . Cemburu aku makin kuat . Wanita memiliki kepintaran 3% lebih dari lelaki . Aku benci kau perempuan . -.- 
Akhirul kalam . Mencari pemenang . Kalau masuk bertanding dalam WWE ring , perempuan tu kami jentik . Tapi kalau masuk pertandingan Math atau Sejarah . Tobat . Aku balik dulu .
Indah bukan ciptaan Tuhan . Banyak perbezaan . Tapi perbezaan itu yang melengkapkan hari hari kita sebagai hambaNya . Yang baik dari Dia . Yang kurang dari aku . Bersyukur dan beramal . Sama sama kita cuba . Sama sama . Aku bukan sempurna . Assalamualaikum .
post paling menarik kerana aku seorang perempuan.keh3.
ReplyDelete