Get your own Digital Clock

Friday, May 18, 2012

Dia Wanita


Wanita , hiasan dunia .
Seindah hiasan adalah wanita solehah ,
Yang akan membahagiakan ,
Syurga di dalam rumah tangga .

Potongan lagu dendangan Inteam – Kasih Kekasih .
Mempunyai maksud yang sangat dalam . Tertanya tanya , mengapa  wanita sering di perihal kan dengan titip kata yang indah ? Mengapa wanita sering dikait kan dengan sesuatu yang cantik ? Mengapa ?

Kerana mereka benar benar indah . Benar benar cantik . Hakikat kejadian seseorang wanita itu amat suci . Di lahirkan ke bumi sebagai pendamping sang suami . Begitu juga Hawa yang dicipta oleh Nya untuk menemani hidup Nabi Allah Adam A.S  di bumi .
Wanita lambang kesucian . Wanita lambang pengorbanan . Wanita lambang kelembutan .
Wanita adalah segalanya .

Hati terpaling sebentar , fikiran menujah ke hadapan . Memikirkan siapa wanita yang bakal aku pilih , menjadi pendamping hidup dan juga ibu kepada anak anak ku . Siapa yang bakal mengaminkan doa selepas solat ku . Siapa yang bakal mencedok nasi dan lauk ke dalam pimggan ku . Yang paling penting ,” yang bakal menyelimut kan aku ketika aku ketakutan “.

Mengambil seorang wanita dan mengahwininya adalah langkah yang paling besar bagi seseorang lelaki . Kerana wanita itu lah yang akan bersamanya ketika dia berada di puncak yang paling atas mahupun di lurah yang paling dalam . Wanita itu juga yang bakal menyambung generasinya akan datang . Dan satu satunya cara untuk memenuhi segala pelusuk kehendak tersebut adalah dengan mengahwini wanita yang tepat .
Tapi bagaimana ?
“Pertama , agamanya . Kedua , keturunannya . Ketiga , kecantikannya . Keempat , hartanya” .
Ketetapan yang Islam berikan ternyata benar . Islam agama yang sempurna . Dari dulu hingga kini . Tiada cara lain , ini yang terbaik .
Jadi , Sang lelaki , pilih lah wanitamu sebaiknya , nescaya kau bahagia kini dan selamanya .

Untuk aku , sudah ada yang bermain di kepala . Yang bertakhta di hati . Maaf wanita , aku sudah berpunya J
Dia ..
Insan lemah lembut yang hati nya umpama ombak di lautan . Walau setenang mana pun ia , tiada siapa yang dapat tahu apa isi di dalam nya .
Kadang kala ia tenang , membawa angin bayu yang nyaman bersamanya .
Kadang kala ia bergelora , mendatangkan ombak yang menghentam segenap pesisir pantai .
Dia ..
Amat istimewa . Perwatakannya bagaikan mengikut rentak piano . Bass sebagai “kematangan” beralun bersama harmony sebagai “keceriaan dan kebudak budakan” . Segalanya selari , Cuma kadangkala ia bertukar tukar mengikut rentak lagu yang di beri nama “kehidupan” .
Dia ..
Lain . Lain dari yang lain . Istimewa . Berbeza dengan ku . Dia satu dalam seribu . Aku suka dia sebab itu . Titik .

Maaf . Mengarut memang caraku . Untuk sementara , privasi aku campak kan sebentar . Malu aku keluar kan dari denyut nadiku . Lantas hati aku gagahkan . Maklumlah , pengakuan dari hati tidak semua orang dapat lakukan . Ini untuk dia . Biar dia tahu segalanya .

Untuk titipan bersama . Dan untuk awak juga . Assalamualaikum .

1 comment:

  1. assalamualaikum. ayat sastera lah mr caunselor. bravo ! thehehe =p

    ReplyDelete