Get your own Digital Clock

Friday, April 20, 2012

Satu peratus . Minda positif .

Alhamdulillah . Berkat mengaktifkan semula modus operandi yang sekian lama tidak berfungsi , idea tercetus lalu jari jemari terpukau untuk kembali berkarya .


Menjengah sejenak ke arah kehidupan masa kini , norma hidup yang mula goyah dimamah virus sekularisme yang diuar-uarkan menjadi tonggak kejayaan puak bertuhankan syaitan , Yahudi . Angkatan tentera mereka mengatur gerak geri memukau segenap lapisan manusia , terutamanya Muslim masuk ke dalam kancah sekular yang mereka praktikkan sejak zaman nenek moyang kita lagi . Tapi bukan ini yang ingin aku persoal . Persoalan aku , di mana letak minda 1% , daya pemikiran kritis orang melayu ?


Sudah menjadi buah mulut , bermain dibibir orang kita apabila perkara negatif terjadi dalam kehidupan seharian, "Alah biasalah , orang melayu" . Lambat dalam menepati masa , pandai bercakap tapi tidak melakukan , salah laku jenayah yang berleluasa . Simptom simptom seperti ini yang acap kali dikaitkan dengan orang melayu kita . Mana mahu letak muka ?


Kembali kepada persoalan . Aku mengaku , tidak semua perkara yang aku lakukan adalah perkara baik , tapi spesifikasi yang aku berikan adalah untuk kita , orang melayu . Benar , kata Hang Tuah , "Takkan hilang Melayu didunia" , tapi adakah itu bermaksud Melayu bangsa terbaik ? Pemikiran Melayu tiada yang boleh patahkan ? Budaya Melayu akan kekal ? Tidak . Tidak sama sekali . Mari kembali ke dunia nyata .


Kes jenayah tertinggi , kes penceraian tertinggi , kadar kematian jalan raya , merupakan perkara yang selalu meniti bibir orang ramai tentang betapa "gah" nya nama melayu di persada negara , atau lebih spesifik "di dalam rekod jenayah negara" . Mana mahu letak muka ?


Ada juga segelintir yang perasan , tapi hanya pandai berbicara . Aku juga begitu . Minda 1% , tidak semua orang ada bukan ? Tapi tidak mustahil untuk menggunakan dan mempraktikkannya . Ya , langsung tidak mustahil .


Jadi , langkah pertama , cuba berfikir lain dari orang lain atau lebih tepat dengan "berfikir diluar kotak" . Dan seterusnya , buat . Hanya sekadar bercakap pun tidak guna . "A person with an attitude problem never succeed , and attitude is all about doing what you have planned and thought" 




minda . otak . akal . ini punca segalanya .


Ambil yang positif , buang yang negatif . Ini hanya sekadar tinta . Untuk kita sama sama berubah . Terutamanya aku . Assalamualaikum .

1 comment: