Get your own Digital Clock

Thursday, January 26, 2012

Lelaki vs Perempuan . Siapa Menang ?

Aku kembali ke meja tulis . Bersamaku , tajuk yang sangat sinonim . Lagi mengenai dunia dan kehidupan . Ya , mereka serasi bersama . Macam Ajai dan Nurul . Dulu . Buah fikiran aku kali ini dicetus oleh beberapa rakan ku . Ya , rakan muka buku . Ayuh mula .


Lelaki vs Perempuan . Siapa menang ?
Aku bukan seorang seksis . Seorang yang mendiskriminasi pihak yang berlainan jantina dengan nya . Tidak sama sekali . Aku masih normal . Tetapan yang Allah berikan kepada aku sebagai seorang lelaki masih ada padaku . Aku masih ada perasaan pada wanita . Itu fakta .


Aku cuba berjinak jinak untuk mengetahui tentang beberapa kajian mengenai Lelaki dan Perempuan . Sejujurnya , mereka , dari mata kasar dan rambang , boleh di konklusi sebagai makhluk yang sama spesies yang tertulis untuk menghiasi bumi Allah . Mamalia* . Berdarah panas . Dua tangan dua kaki . Atau lebih sinonim , manusia .


Aku menyelak beberapa ratus helai muka dalam sebuah buku . Buku yang sangat menarik . Banyak kajian telah dilakukan tentang perbezaan lelaki dan perempuan menurutnya . Ah . Malas aku nak cerita satu persatu . Dalam aku tilik satu persatu topik dan kajian yang di huraikan , perasaan cemburu dan iri hati mula menyelubungi . Ternyata , terlalu banyak kelebihan wanita bila di selarikan dengan zaman yang serba moden kini . Tabik spring . Garu kepala .


Beberapa fakta yang aku dapat . Tak semua . Cukup sekadar renungan .

* Isteri nampak sehelai rambut perang yang melekat pada baju suami nya dari jarak 20 kaki tetapi dia melanggar pintu garaj apabila mahu memakir (parking) kereta .

*Wanita mudah mencari mentega di dalam peti ais . Tapi itu pekerjaan yang paling sukar bagi lelaki . Lebih lebih lagi jika perkataan mentega yang tertera di terbalikkan di mana lelaki tidak dapat melihat nya . Secara saintifik , lelaki mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A .

*Lelaki selalu dituduh mata keranjang . Pengkaji seks mengatakan perempuan juga melihat lelaki , kadang kadang lebih banyak dari lelaki melihat perempuan . Perempuan jarang tertangkap kerana mereka mempunyai periferi (bukaan pandangan) yang jauh lebih luas berbanding lelaki .

*Wanita mempunyai pendengaran yang sangat baik . Mereka langsung tak boleh tidur hanya kerana air paip yang menitis . Tapi bagi lelaki , itu tidak menjadi masalah . Sebab itu lelaki sukar untuk bangun ketika anak kecil nya menangis di malam hari . Tapi , hakikatnya , lelaki lebih peka kepada bunyi ancaman . Seperti bunyi di luar rumah . Dalam situasi yang berlainan , wanita lebih peka terhadap bunyi seperti not dan key . Jika anda seorang lelaki yang pandai menyanyi , jangan terlalu bangga , kerana ada 9 orang wanita yang sama hebat dengan anda . *sentappp*

*Wanita suka dan peka terhadap sentuhan . Ini aku paling suka :) Belai dan usap wanita bagi mengambil hati wanita kerana Oksitoksin (hormon perangsang daya pengesan) yang merangsang keinginan untuk disentuh adalah 10kali peka daripada lelaki . Loike . Fact: Wanita menyentuh wanita lain 4 hingga 6 kali lebih kerap berbanding lelaki menyentuh lelaki .

*Lelaki berkulit tebal supaya mereka senang bergerak di dalam semak samun (pemburu zaman dahulu) . Sebab tu lelaki selalu nya tak perasan bila mereka tercedera ketika bersukan .

*Last untuk korang . Wanita mempunyai deria bau yang sangat baik . Wanita dapat mengesan bau feremon yang di keluarkan oleh lelaki . Bau ni tak dapat di kesan secara biasa . Dan , otak perempuan dapat membaca sistem imun lelaki . Jika sistem imun lelaki itu sepadan atau lebih kuat dari sistem imunnya , dia akan menganggap lelaki itu menarik . Jika sistem imunnya lebih kuat , dia menganggap lelaki itu kurang menarik . ~aku tak paham tapi aku nak belajar cara nak naik kan sistem imun . pathetic -.- 




Okay . Sejujurnya , ini baru suku bahagian dari buku tu . Menarik bukan ? Ya . Memang menarik . Tapi jealous aku tak habis lagi . Ilmu tambahan , badan lelaki dah di set kan sebagai badan pemburu . Since , mana ada orang berburu sekarang . Itu semua dulu punya cerita . Lame . Cemburu aku makin kuat . Wanita memiliki kepintaran 3% lebih dari lelaki . Aku benci kau perempuan . -.-


Akhirul kalam . Mencari pemenang . Kalau masuk bertanding dalam WWE ring , perempuan tu kami jentik . Tapi kalau masuk pertandingan Math atau Sejarah . Tobat . Aku balik dulu .
Indah bukan ciptaan Tuhan . Banyak perbezaan . Tapi perbezaan itu yang melengkapkan hari hari kita sebagai hambaNya . Yang baik dari Dia . Yang kurang dari aku . Bersyukur dan beramal . Sama sama kita cuba . Sama sama . Aku bukan sempurna . Assalamualaikum .

Wednesday, January 25, 2012

Persahabatan adalah segalanya . Ye ke ?

Kembali menulis . Kali ini masih tentang kehidupan . Persahabatan . Hidup 18 tahun di muka bumi ini dalam keadaan normal , di tambah dengan nikmat kebahagiaan yang tak semua orang mendapatnya . Kadang kala menjadi terlalu penting , malah lebih penting dari keluarga sendiri . Tapi kadang kala menjadi sembilu yang dalam diam menghiris hati . Itu cerita masing masing . Siapa tahu .


Mengenali persahabatan seawal usia satu hari . Merengek keluar dari tubuh ibu dan sahabat pertama yang aku dapat , Doktor Sambut Bayi . Kemudian menjalani fasa membesar sehingga sekarang sudah berupaya untuk berfikir tentang kehidupan dan warna warnanya .


Tegas aku katakan , terminologi 'rakan' dan 'kawan' tiada limit nya . Sebab itu aku tidak memilih kawan :)
Zaman sekolah merupakan zaman terbaik dan rakan rakan sekolah merupakan rakan rakan yang terbaik . Madah yang sering kali menjadi buah mulut budak budak U .  Kawan tetap kawan . Cuma kita merasakan rakan sekolah lebih baik atas sebab kita seumpama menempuhi zaman pra matang bersama . Dan mereka juga antara penentu personaliti kita . Logik atau tidak , itu kenyataan .


Melalui seribu satu kenangan yang tidak boleh terhapus dari benak fikiran . Mewakili sekolah , ber'story morry ' tentang cinta , awek , cara nak tackle . Pergi lawatan ke segenap pelusuk dunia . Jatuh cinta pada orang yang sama . Belajar main snuker . Belajar buat jahat . Jadi bassist dalam band . Belajar jalan jauh jauh . Belajar buang duit . Belajar merokok . Semua dengan kawan . Ya , semua sekali .


Kadang kadang , tersenyum sendiri bila teringat semua ni . Korang antara kenangan yang selalu ada dalam favourite list dalam otak aku . Rasa macam budak budak je masa tu . Tapi , kawan macam tu yang kekal sampai kau mati nanti . Trust me .


Satu persoalan . Masuk U kawan kawan tak best ke ? Hm . Wahai kawan kawan , korang antara anugerah Dia yang paling berharga selepas keluarga aku . Cuma bila kita menjejak usia matang , terasa geli bila berlawak dengan main geletek geletek dan cuit cuit . Macam gay kan ? Ya , sebab kita tak biasa dan kita dipengaruhi pemikiran yang kita rasa dah matang ni . Apapun . Aku tetap sayang korang . Macam adik beradik aku .


Kawan kawan bagi aku melambangkan siapa aku . Kalau sekarang aku duduk sebelah Mat Pet , macam tu lah aku sudah nya . Kalau duduk sebelah ustaz pulak , macam tu jugak lah sudah nya . Fleksibel . Itu aku . Tak memilih kawan tapi kawan itu penting bagi aku .


Perbandingan antara ikatan persahabatan dengan cinta . Cinta , abstrak . Persahabatan ? Kedua nya ada . Bukan aku menghina cinta , tidak . Aku cuma rasa yang zaman U ni belum ada cinta yang betul-2 cinta . Hum . Nanti pulak lah cerita cinta . Okay .


Nak tahu persahabatan macam mana yang aku idam kan ? "3 Idiots" dan "K.A.M.I The Movie" .Dua cerita ni jadi inspirasi aku . Untuk kawan kawan , apa pun aku sanggup . Ya , lagi bagus dari ber"habis" dekat perempuan . Tutup cerita .


Last but not least , bagi aku , persahabatan itu lah segalanya . Kawan kawan yang special buatkan kita bahagia :) Dan akhir kata , kawan kawan , menjadi seorang kawan tidak susah . Tapi menjadi seorang sahabat yang baik sangat susah . Aku akui salah silap aku . Maaf aku pinta . Kita kawan sampai bila bila kan ?
Assalamualaikum .

Tuesday, January 24, 2012

Dia .Syazriz Asraf .

******* this is a friend from my old school , go to the older post if you dont wanna read this*******


Nama yang significant dan sinonim dengan panggilan Syaz oleh teman teman dan senior . Menurut ku , dia seorang yang sangat kebudak budakan . Apatah lagi dengan sikap mengada yang di tonjol kan oleh nya , sering buat kami ketawa . 

Teringin jugak kadang kadang nak ketuk kepala dia . Tapi , tidak sama sekali . Dia menjadi kaki dan tangan ku ketika aku di asrama dahulu . Pertama kali melihat , mungkin orang kata ,' Oh , macho budak ni ' . Tapi ,  pandangan kali kedua dan ketiga merubah terus persepsi tersebut . Kenapa ? Kerana dia mempunyai satu sifat . Orang Barat menggelarnya flustered atau sebutan Bahasa kita , 'menggelabah' . Tapi tak mengapa . Itu penambah seri sebenarnya :) 


Oh . Maaf . Aku belum kenal kan dia siapa . Kenalkan . Junior aku . Alias tokan cigar yang berjaya suatu ketika dulu . Di asrama kami kenal . Boleh dikatakan agak rapat . Tapi tak masuk tahap gay ah . Dan banyak juga masa yang kami habiskan bersama . Tidak lupa juga yang lain :) Haa . Lupa pula . Kami selalu berbincang tentang cinta . Sedia maklum , dua dua ni bekas player terhebat . Dulu . Sekarang aku dah taubat . Dia ? Tak tahu ;)


Tapi , kami tak kekal rapat setelah aku masuk Tingkatan 5 . Dia di keluarkan atas sebab sebab tertentu . Haha . Kami sama sama nakal , tapi nasib lain lain . Dan sekarang , seperti kebiasaan , Facebook menjadi penghubung . Renggang tu dah semestinya . Nak buat cam mana , masing masing ada cerita sendiri . Kali ni aku masuk kan dia sekejap dalam dunia aku . Kau okayy kan Syazriz ? LOL


Cukup lah . Harap perkenalan pertama tiada pengakhiran . Ini cara aku menghargai . Thanks buddy . Maaf , curi gambar kau :)

Perbezaan itu Gorgeous .

Pernah kadang kadang aku terfikir . Kenapa ada orang yang lebih dari orang lain ? Cantik dia lebih , hensem dia lebih , tinggi dia lebih , besar dia lebih . Kenapa ?


Aku fikir balik . Tapi kalau semua orang sama , tak ada life pulak kan ? Bayang kan la , semua orang hensem macam Taylor Lautner , memang tak laku lah Muhammad Farid . Dah semua sama* . Tak pun semua girls muka macam Korean singer . SNSD lah , apa lah . Memang tak special lah future wifey aku nanti :) . Dah semua sama* . Hm .


Tapi . In reality , tak ada sorang pun yang sama (except twins) . Even twins pun ada perbezaan . Sorang rambut curly , sorang straight . Kalau ada sepuluh twins ? *Habis semua jenis rambut ada :) 
Bagi aku , perbezaan ini yang timbulkan persaingan , (tolak tambah dengan positif negatif je yang lain) Perbezaan ini yang mencorak hidup kita . Ya , logik atau tidak , itu lah kebenarannya .


Sepasang suami isteri telah berkahwin selama 30 tahun , mempunyai hidup yang sangat bahagia . Mempunyai cucu , cicit , etc .. Satu tempuh yang lama kan ? 
Sepasang suami isteri yang lain pula , berkahwin kurang dari setahun , akhirnya bercerai , anak yang dahulunya menjadi simbol cinta , kini hanya di beri kasih sayang salah seorang ibu atau ayah . . 
*ini contoh* 


Jika dipandang dari segenap sudut , timbul persoalan , mengapa mereka bercerai , sedangkan pasangan lain boleh menjaga hubungan sehingga jangka masa yang sangat lama . Mengapa ? 
Sebab manusia berbeza , dan chemistry yang diterap di dalam hubungan tersebut berbeza . Berbeza . Ya , different . 


Sama jugak macam kita sekarang , pelbagai ragam , pelbagai minat . Ada yang minat Kpop , ada yang minat Rock or macam-2 genre music lagi . Tapi kita masih berkawan , masih berhubung . Plus , dalam masa masa tertentu , perbezaan ini yang akan membina bond atau ikatan yang lagi kukuh dalam sesuatu hubungan tu sendiri . Atau dengan frasa yang lebih tepat " Saling Melengkapi " .
Oh , speaking of which , couple kalau sama pun tak seronok , girlfie suka marshmallow , boyfie pun nak jugak . Girlfie nak popcorn , boyfie pun sibok nak jugak . Tak sweet ah . Girlfie main barbie doll , boyfie main patung Ben10 , baru laa boleh main kawin kawin ;) *sweet kan aku ? #borang penyertaan masih dibuka :)


Okay , kalau aku . Aku suka yang berbeza . Sebab aku pernah rasa , yang sama tu tak seronok . Kalau boleh *repeat* Kalau boleh ,aku nak yang pandai Bahasa Inggeris . Sebab aku memang agak teruk dalam English . Sampai lecturer 'Software Application' bagi kuliah free nak betul kan vocab aku kodd . Buat malu jeww .

Dan yang agak matang , sebab aku kadang kadang aku tak betul sikit . Macam budak budak :) 


Cukup pasal aku , malas cerita lebih . Any question , just contact me on : 
Haha . Gurau .


Conclusion . Manusia diciptakan berbeza zahir dan batin , tiada yang sempurna . Ya , tak ada .
Tapi tidak ada salah jika mengejar kesempurnaan , kan ? Apa pun , biar perbezaan tu hidup dalam hidup kau , yang penting kau bahagia dengan apa yang ada . Bersyukur itu penting . Wassalam .

Saturday, January 7, 2012

cherita lama

assalamualaikum .
Aku mulakan bicara .Sudah hampir setengah abad rasanya laman blog ini tak ku teroka dan ku update .Maaf . Mana tidak nya , blogspot.com dah tertera depan mata , tapi sejujurnya , facebook dan twitter yang keluar . salahkan Google Chrome .


terimbas sejenak kenangan silam ketika berada di zaman persekolahan dulu . Mungkin agak kuno , tapi ia sangat kelakar . tiada bantahan . Berbaju putih lengan pendek ,berseluar hijau gelap , oh ya , tali leher yang sebesar ikan bawal berwarna maroon menjadi pakaian ku hari-hari . Rambut belah tengah yang menjadi gilaan remaja suatu ketika dahulu tidak lupa untuk ku gayakan . Brylecream Gel menjadi kegemaran ku . so lame .




memulakan zaman pra matang dengan Tingkatan Satu , Ting. 1 Al Khawarizmi . Banyak kisah aku di sini , tidak terkecuali ' Kisah Cinta Monyet ' . Muka innocent dan agak comel pada ketika itu sering menjadi bualan , lebih-lebih lagi menjadi bualan akak-akak senior . Pernah aku di approach oleh seorang senior , eh tidak , dua orang . Katanya ingin dijadikan 'adik angkat' . Aku ye kan aje . Zaman mahu mengenal wanita seperti itu masih belum bisa berfikiran matang . even sekarang pun . Kembali ke zaman mak bapak aku bercinta , surat kami gunakan untuk berhubung . Tranformasi tulisan berlaku dan tahap kemanisan ayat juga bertambah . Takkan nak bagi akak angkat yang buruk buruk . Begitu juga dengan nafsu dan ego . Tahun pertama di sudahi dengan aku jatuh cinta pada gadis kecil molek , rakan sekelas ku . *Diam seketika .


Yang tadi tu fenomena tahun pertama . Tahun kedua pun lebih kurang je . Aku berkenalan dan diperkenalkan kepada beberapa wanita (budak perempuan) yang lain dan menjadi terkenal dengan panggilan playboy . Hairstyle pun dah tukar , ala ala macha gedegang gitu . Sehinggakan pernah terjadi , aku berhubung dengan 2 budak perempuan sekali gus . Tamak . Sampai kantoi pulak tuh . Garu kepala . Tapi , yang 'syok' nya , bawah meja penuh dengan surat , hujung minggu dapat coklat , dapat request (SBP) . Macam-macam lagi . Ini baru hubungan serius , yang diiktiraf sebagai scandle tak kira lagi . Punah .


Hari demi hari , macam macam asset yang dikurniakan Dia aku ungkai . Maksudnya macam macam lagi kerenah dan cara yang aku gunakan untuk terus memenangi hati mereka . Ada yang aku call pakai public phone dan bermanis madah . Ada yang aku nyanyikan lagu Puspa-ST12 . Kelakar ,sumpah kelakar . Cukup sampai habis sekolah , penuh kotak bawah meja mekap mama aku dengan buah tangan diorang . Penuh juga kenangan yang sukar aku lupakan .


Aku yang dahulu , aku yang di gelar Mr Casanoba (salah eja) ,yang digelar "player" oleh rakan rakan . Masa menjejakkan kaki ke menara gading , ada juga macam ni . Tak berubah . Tapi tak se"sangap" macam dulu . Dan sekarang ? Itu persoalan .


Tekad di hati aku kuat kan . Akal ku panjang kan untuk berfikir lebih jauh ke hadapan . Minda ku buka seluasnya . Jawapan ? Hati berbisik , setelah apa yang berlaku , biarkanlah semuanya di belakang . Tidak wajib mahupun sunat untuk bersedih dan menyesal . Harus juga tidak . Matlamat yang satu aku bina dan InsyaAllah aku pelihara . Menanti wanita (bukan budak sekolah) yang sempurna untuk ku . Bukan hanya padaku , pada Dia dan "ummi abi" ku . Jinjang perkahwinan sememangnya sangat jauh di hadapan . Tapi tidak salah jika aku berusaha untuk mengekalkannya . pervert .


Mungkin untuk ketika ini , luka yang ku biar darahnya mengalir sebelum ini masih belum kering sepenuhnya , dengan izin Nya , mudah mudahan ia bakal sembuh . Lagi cepat lagi bagus . Dan buat sementara waktu ini , kitab-kitab lama akan ku selak semula . Bukan untuk menangis , tapi untuk melihat apa yang masih belum lengkap dalam diri . mature . Itu memang tak ada . Dan untuk perempuan , "jangan senang memberi cinta kerana cinta itu hanya pada Nya" . by the way , i'm single . Garu kepala .


assalamualaikum .