assalamualaikum ,
selamat kembali ;)
aku meneruskan penulisan ku ,
dan kini tentang lelaki idaman .
sebenarnya ,
benda ni baru sat tadi terlintas dalam kepala hotak aku ni ;)
so , maaf dipinta jika isi terlalu ringkas atau tidak menepati apa yang kalian mahu kan okay ??
okay .
semalam dan beberapa hari lepas ,
mata dan telinga aku ni , aku sibukkan dengan menonton drama ,
fewwww , budak lelaki tengok drama . sentimental kan ?
kalau aku ubah sikit jadi 'Drama Korea' .
apa dalam otak korang ?
theeee~ jambu gila . -.-
okayy fine !
*fight balik : err hellow ! aku tengok bukan setakat tengok kosong lah . aku meneliti ,mengamati , menghayati dll . dari drama korea ni lah terpacul nya idea lelaki idaman ni ,aku rasa korang tahu 'bebeno' drama ni , lagi lagi budak perempuan .
korang kenal karakter karakter ni ?
aku nak kenal kan satu satu , dorang bukan sedara aku , so aku tak kenal sangat lah .
tapi ada yang aku kenal . awek comey yang dok tengah tu ;) dengan lelaki yang tak berapa nak hensem kat bawah ni .*maaf Yoon Sang Hyun ;) oops lupa , awek tu nama Yoon Eun Hye . awek aku tuhh ! thee ~
dorang berlakon dalam cerita My Fair Lady ,
apa yang buat aku tertarik ialah pembawakan watak Sang Hyun dalam cerita ni . Sumpa gentle gila . dan macam macam lagi sifat lelaki idaman pada dia dalam cerita ni ,
memanglah ,
lelaki idaman yang orang zaman sekarang suka kena ada rupa , kaya , kan ?
entah , bagi aku , kau jadi macam dia ni dah cukup dah . apa lagi . tengok lah eh ! **promoting -.-
aku selit sikit bab bab dunia sebenar eh ,
lelaki ini dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan berbanding wanita ,
bersama dengan tanggungjawab yang juga lebih berat berbanding wanita ,
e.g , ketua keluarga , suami , abang , dan banyak lagi .
dan , orang yang layak menjadi lelaki idaman di hati wanita malah di hati Nya , adalah orang yang dapat menjalankan setiap tanggungjawab yang di sandarkan ke bahu nya dengan baik kerana Allah .
itu Lelaki Idaman :)
em , lelaki ni tanggungjawab dia berat . even kalau adik atau anak atau isteri keluar selangkah dari rumah tanpa menutup aurat pun , lelaki kena tahu ?? alangkah syok nya jadi perempuan :)
banyak lagi , pemimpin lah , apalah , itu belum masuk alam nikah , alam budak budak besar ;D *tak sabar ;))
comel kan budak ni ?
comel ,
tak patut betul .
umur anggaran dalam sekolah rendah , dah mengimami solat , *bapak ah ! aku tunjuk gambar ni sebenarnya nak tunjuk tanggungjawab lelaki --' *tak ada kena mengena =='
tapi ,
lelaki bukan setakat memimpin sahaja ,
Nabi kita dulu , semua benda dia buat , memasak , mengemas rumah , perempuan sepatutnya tak kena buat kerja pun , *untungla jadi perempuan #lagi sekali =='
dalam Islam , martabat perempuan tersangat lah tinggi , mana tak nya , sampai dosa pon kami tanggung maklong oii :p .
JADI ,
kepada lelaki ,
aku tak kata kalau follow apa yang aku cakap ni , korang dah qualified sebagai lelaki idaman , sebab kat mata orang , kita lain lain kan ?
tapi ,
kat mata Tuhan , kita sama kan ? so fikirkan semula wahai pemimpin :)
kepada wanita ,
taknak kawan korang !
chehh , tak lah , korang patut berasa beruntung , sebab korang ada sangat 99x banyak keistimewaan , even di dunia ni , mahupun di sana nanti , kat mata Dia pun , korang ni tinggi tau :) *untungla jadi perempuan ;)
tapi ,
jangan salah pilih pasangan , cari pemimpin yang boleh memimpin , yang layak dan sentiasa sedar akan mahal nya harga diri wanita itu . okayy ? ;)
last but not least ,
dari tadi asyik berbincang tentang ini , tiba tiba hati ku terkilas dengan satu persoalan ,
ya , dan ia terus menyelinap segenap ruang pemikiran ku ,
adakah aku ini lelaki idaman ??
haa , Muhammad Farid , ini untuk kau ,
fikirkan dan selamat beramal , InsyaAllah ,
assalamualaikum ,
salam sayang ,
farid
No comments:
Post a Comment