Get your own Digital Clock

Saturday, December 10, 2011

its all about her ;)

assalamualaikum :)
aku mulakan dengan satu frasa yang sinonim dengan kita ( manusia ) .CINTA dan wanita .
mungkin penggunaan ejaan penuh seperti ini agak skema dan formal , tapi tak apa ,siapa tahu aku pengganti A. Samad Said ?? *berangan --'


Sejujurnya ,
penulisan blog ini telah aku mulakan awal lagi , cuma di atas sebab sebab yang tidak patut , aku telah padam segala coretan hati dan perasaan yang menghiasi laman ini dahulu :)
Mahu tahu mengapa aku kembali ??
kerana dia , dan Dia . Umum bukan , sabar . Akan aku perjelas nanti :)

...

*blur sekejap --'


#akubukanpenyajakataupenulis.jadikalauadaapaapakesilapanataubahasaROJAKterkeluar,maafdipinta:)


THE GIRL OF MY DREAM ..

biasa lah , lelaki , muda , tak lekang dengan kata nama 'WANITA' kan ??

tapi , aku tidak mengupas mengenai wanita secara keseluruhan . itu umum . khususnya , perkongsian ini mengenai wanita yang pernah bertakhta di hati , #ececeh :)


Wanita ini membawa seribu satu wajah dalam hidup aku .

seribu satu cerita .
seribu satu warna .
seribu satu rentak .
seribu satu irama .
dan seribu satu PERUBAHAN .


maksudnya , wanita ni memang penting lah dalam hidup aku :-D

asal nya , aku mengenali wanita ini dari seorang rakan karib yang sangat baik dan rapat dengan aku .
aku nampak dia pun pada awal nya di 'muka buku' . *youngsters ;)
dengarkan kata hati ,
aku suka tengok muka dia .
aku suka tengok senyuman dia :)

jadi dengan tak semena , kata hati aku ikut dan mulalah dengan adegan ayat bunga yang aku belajar time highschool dulu . ya , semuanya manis .

dan , nak di pendekkan cerita ,
aku kami membuat keputusan untuk bersama . walaupun dia seorang yang hati nya amat sukar untuk di tawan dan di olah , disebabkan masa silam yang tidak habis habis mengejar nya . akan tetapi , Alhamdulillah , dia terima aku dan dia cuba untuk menyayangi aku apa adanya .
walaupun aku bukanlah sesiapa jika mahu dibandingkan dengan dirinya .

kami menempuhi suka ..

duka..

pahit..

manis..

...

etc.. ;)

ini yang membuatkan kami semakin rapat dan bertambah kuat 'chemicalbond' yang terjalin . oh shit *benci chemistry --'

TAPI ..
hubungan mana yang tak di duga dengan masalah ??

frankly says ,yah , we had problems . masa silam dia , masa silam aku , perselisihan faham , hati yang senang curiga *cilakapunya hati --' dan , etc *etc lagi --'

tapi selama lebih kurang sebulan lebih kami together gether , segalanya kami tempuh bersama , dari 09.10.11 sehingga *unknown date* ..#ni yang aku tak suka ni :(


kata kata itu masih terngiang di telinga dan masih berlegar di benak fikiran aku , 'belum bersedia untuk mencintai' ..

cinta dan sayang berbeza kan ?? *dia ajar aku benda ni ;(

cinta lahir dari rasa sayang yang tiada titik tolak dan tiada tolok banding . eternity love lahh --'

dan dia mengambil keputusan untuk berkawan semula .
memang nampak mudah , tapi , hati kat dalam siapa tahu kan ??




aku jadi tak keruan , aku hilang arah ,aku rase macam aku hilang sebahagian dari hidup aku .





tapi , life must go on  kan ?

dia ada cakap sesuatu yang buat aku kembali kuat dan bangun untuk berfikir semula .

'Orang sentiasa ada dengan dia , orang tak tinggal dia' 'orang nak sayang orang kat dia datang sendiri , orang cuma perlukan masa' 'jangan risau , ada jodoh orang akan tetap ngan dia '


aku suka ayat ni , tapi ia tetap perit untuk di telan ,

aku percaya , dia tak tinggal aku , tak kan . walau dia tinggal aku sekalipun ,aku tetap tunggu dia , walau macammana sekalipun , aku takkan pernah tinggal dia . aku JANJI .


p.s :awak , kita rindu awak . kita tak nak orang lain , kita nak awak je .
      kita tak nak orang lain , kita nak hidup dengan awak , kita akan cuba berubah , jangan risau .
      awak jaga diri eh ?? kita sayang awak sangat ;( kita tahu , awak dah lain , awak memang nak kita jadi
      kawan , tapi kita tahu , awak nak yang terbaik untuk kita kan ??doa saya kat Dia , moga moga awak  
      bahagia dan kita dipertemukan semula .


guys , korang kenal dia kan ?? korang tolong tengok kan dia eh ? kalau dia nakal nakal , cubit je pipi dia . okayy :')  tapi jangan kacau dia , dia tak suka .jangan bagi dia tension , naty dia nangis . tolong taw . sayang lebih ah kat korang ;) agsatu ,tolong jangan blame sape sape eh ??keadaan akan jadi lagi keruh nanti ..tq ;)


akhir kata , aku mintak maaf atas kesilapan vocab o skema sgt .dia ajar aku tulis penuh penuh --' okayy . gerak dulu eh ?


eh jappppppppp...
awak awak , hari isnin birthday awak kan ?? saya tak dapat bagi kek . gambar kek je ade . HAPPY BIRTHDAY awak ^^

HAPPY BIRTHDAY..
awak suka chocolate cake kan ??



assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment